Mari Saya Tunjukkan Anda...Bagaimana Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah Dan Menjana Pendapatan Sampingan 3 - 4 angka Sebulan!!
Mengapa Bisnes Bakeri Dari Rumah?..
Kos Pemulaan Yang Kecil Memandangkan anda memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi, anda tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya. Anda juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa. Anda boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah anda!
Tidak Perlu Terlalu Menjual. Untuk menjual produk bakeri anda, anda tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk anda sehingga berbuih-buih mulut sepertimana yang sering dilakukan oleh penjual produk-produk MLM! Cukup sekadar anda menunjukkan gambar dan harga! Jika mereka suka, mereka akan order!
Hanya Buat Berdasarkan Tempahan! Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah! Anda hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas anda mendapat tempahan sahaja! Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti anda tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.
Urusan Rumahtangga Masih Terjaga! Ya! Memandangkan anda hanya membuat kuih di dalam rumah, maka, anda masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak anda. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami anda yang mungkin risau andainya anda terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga!